Home » » Kisah Awal Kejadiaan Manusia, Terbentuknya nabi Adam.

Kisah Awal Kejadiaan Manusia, Terbentuknya nabi Adam.

Berikut ini kisah Awal Kejadiaan Manusia, Terbentuknya nabi Adam.

"BETAPA SULITNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK MENJADIKAN NABI ADAM AS (ABUL BASYAR/Bapak segala manusia)"

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril
supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk menciptakan Adam.

Akan tetapi ketika beliau sampai ke bumi, bumi enggan memberikan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khawatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah.

Lalu Jibril kembali kehadirat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa ketika mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu,Allah memerintah malaikat Mikail.

Jawaban bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berbeda.

Masing-masing kembali dengan jawaban hampa.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.

Firman Allah:
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadirat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian dikemudian hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia kembali."

Maka khawatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat
manusia.

Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu atas berbagaisebab diantaranya terbunuh, terbakar, dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah Babylon
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Ta'if

Menurut Ibnu Abbas:-

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Tursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat menghias diri dan juga tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat yang manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Ka'bah, untuk mencari nafkah dan
kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan
tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Tursina, alat penegak tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemauan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Ta'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSES KEJADIANNYA:-

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut". Kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah
tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya"
iaitu sifat "Jalal dan Jamal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh
Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.

Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.

Akhirnya mau tidak mau roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik
sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit manusia.

Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.

Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, iaitu putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.

Tujuh buah liang dikepala dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah :

1. Di Kepala ialah Dua rongga mata, Dua rongga telinga, Dua
rongga hidung dan sebuah liang mulut.

2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terbentuklah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna.

Kemudian terbentuklah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke bawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah.

Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata "Yarhamukallah" yang artinya:
"Semoga engkau diberi rahmat Allah".

Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan Yarhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia ingin
bangun.

Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras.

Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perut nya, maka terjadilah
susunan isi perut dengan sempurna.

Maka seketika itu terasalah lapar.

Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh,tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang.

Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah
merupakan makhluk manusia yang pertama.

Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan.

Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun
lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama
hinggalah kelangit tujuh sebelum di bawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Wallahua'lam
(HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT )

Demikianlah postingan tentang kisah Awal Kejadiaan Manusia, Terbentuknya nabi Adam. Semoga dapat bermanfaat bagi kikta semua...
#sampaikanlah walau satu ayat!! :)) Silahkan di share dengan mengklik tombol like di bawah!

FEATURED and RECOMENDED POSTS
1. Iconia PC tablet dengan Windows 8 pilihan terbaik
2. Iman anda menipis? Jangan dibiarkan begitu sajat... Isi ulang iman anda disini
Pasang Link Blog/Iklan anda disini. Hanya 20 ribu tampil disetiap postingan. minat? klik disini
Comments
0 Comments